The Ministry of Foreign Affairs, Malaysia wishes to affirm that the decision of the Malaysian Communications and Multimedia Commission to impose a ban on “The Malaysian Insider” on 25 February 2016 for violating Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 had been made following careful and due consideration on the impact of such a ban on freedom of speech and freedom of press in Malaysia.
While Malaysia upholds freedom of speech and right to information, such freedom and right must be exercised responsibly and with accountability. The Government of Malaysia has a responsibility to maintain peace, stability and harmony in the country and to safeguard the multiracial and multicultural values, norms and practices in Malaysia.
Malaysia values its comprehensive partnership with the United States, which signifies our sincere desire to maintain a progressive and dynamic partnership in a wide area of cooperation for the mutual benefit of the two countries. Malaysia believes that the United States shares and reciprocates this sentiment. Malaysia also believes that the bilateral ties could be further strengthened to greater heights through closer cooperation and better understanding of the domestic issues in Malaysia.
MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS
PUTRAJAYA, 3 March 2016
KENYATAAN AKHBAR OLEH KEMENTERIAN LUAR NEGERI, MALAYSIA BERHUBUNG DENGAN PERNYATAAN OLEH JABATAN HAL-EHWAL LUAR NEGARA, AMERIKA SYARIKAT MENGENAI KEBEBASAN AKHBAR DAN INTERNET DI MALAYSIA
Kementerian Luar Negeri ingin menegaskan keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang telah menyekat laman The Malaysian Insider pada 25 Februari 2016 kerana melanggar Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 diambil selepas pertimbangan teliti dibuat mengenai kesan terhadap penyekatan laman web berkenaan ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar di Malaysia.
Malaysia berpegang kepada kebebasan bersuara dan hak untuk memperolehi maklumat-maklumat, namun hak dan kebebasan tersebut hendaklah diamalkan secara berhemah dan bertanggongjawab. Kerajaan Malaysia mempunyai tanggongjawab untuk mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian negara ini serta memelihara nilai dan budaya masyrakat berbilang kaum di Malaysia.
Malaysia menghargai jalinan kerjasama Comprehensive Partnership dengan pihak Amerika Syarikat yang melambangkan hasrat ikhlas Malaysia untuk mengekalkan kerjasama progresif dan dinamik dalam pelbagai bidang berkepentingan antara kedua-dua buah negara. Malaysia percaya bahawa Amerika Syarikat turut berkongsi hasrat ini. Malaysia juga percaya bahawa hubungan dua hala ini dapat terus diperkukuhkan ke tahap yang lebih tinggi melalui kerjasama yang lebih akrab dan pemahaman yang lebih menyeluruh terhadap isu domestik di Malaysia.
Kementerian Luar Negeri
PUTRAJAYA, 3 MAC 2016