Sempena dengan Hari Sukan Negara (HSN) 2017, Malawakil Geneva telah menganjurkan sukan bowling bertempat di Bowling de La Praille, Geneva.
HSN di Geneva dimeriahkan oleh kira-kira
Seramai kira-kira 50 peserta, terdiri daripada staf dan ahli keluarga Perutusan Tetap Malaysia ke PBB dan
HBS Perwakilan Malaysia ke PBB, HBS Perwakilan Malaysia ke WTO, Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) dan ahli keluarga masing-masing.
Acara dimulakan dengan sesi mengambil gambar kenang-kenangan dan diikuti balingan pembukaan oleh TYT Dato’ Amran Mohamed Zin, Wakil Tetap Malaysia ke PBB dan Lain-lain Pertubuhan Antarabangsa di Geneva. Balingan oleh peserta pertama di lorong masing-masing kemudiannya turut menyusul.
Dapat diperhatikan semua peserta berusaha menonjolkan kemahiran balingan masing-masing dengan semangat kesukanan yang baik, di dalam suasana yang mesra dan santai. Anak-anak seawal umur 6 tahun juga tidak ketinggalan untuk turut serta di dalam kategori yang dikhaskan untuk kanak-kanak.
Daripada penganjuran ini, dapatlah disimpulkan bahawa program sukan seperti ini dapat memupuk semangat kesukanan dikalangan semua warga kerja HBS Malaysia untuk mengekalkan gaya hidup sihat. Aktiviti riadah secara santai ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama peserta dan ahli keluarga. Acara ditamatkan lebih kurang tiga (3) jam selepas ia berlangsung.