Mission News

United Nations Women's Guild (UNWG) - Geneva International Bazar 2022, 22 November 2022

22 November 2022 1 views

United Nations Women's Guild (UNWG) - Geneva International Bazar 2022, 22 November 2022

 

United Nations Women's Guild (UNWG) - Geneva International Bazaar telah berlangsung di Kompleks UN Geneva (Palais des Nations) pada 22 November 2022. Bazaar tersebut dianjurkan oleh UNWG dengan tujuan untuk mengumpul dana dan mendapatkan sumbangan bagi membiayai projek untuk golongan kanak-kanak, wanita dan komuniti rentan di seluruh dunia. Selain itu, bazaar ini juga merupakan salah satu peluang bagi komuniti diplomatik untuk  mempromosikan warisan budaya negara masing-masing melalui jualan makanan dan juadah tradisional serta kraftangan tempatan. 

 

PERWAKILAN Geneva telah terlibat secara aktif dalam program tersebut dan mengadakan jualan makanan seperti Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, Kuih Karipap dah Teh Tarik serta jualan barangan kraftangan seperti kain batik, kraftangan somgket dan lain-lain. Produk makanan dan kraftangan Malaysia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung. Susulan itu, PERWAKILAN Geneva telah mendermakan sejumlah hasil jualan kepada UNWG untuk disalurkan kepada badan-badan amal yang telah dikenal pasti.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back