Mission News

BERSAMA PERKASAKAN SEMANGAT PERPADUAN

09 September 2020 1 views

Bersama kita meraikan semangat perpaduan dan memperingati pejuang -pejuang kemerdekaan yang telah membina asas negara yang membolehkan kita berganding bahu dan hidup harmoni sebagai sebuah negara yang bersatu, iaitu Malaysia. Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya kita adalah tunggak utama yang mencorakkan tanah air tercinta ini.

Kitalah nadi negara dan kita harus hargai khazanah yang tidak ternilai ini. Pembangunan negara kita adalah hasil daripada usaha dan kematangan semua rakyat secara bersama. Seiring kita melangkah ke hadapan, kita harus memainkan peranan masing-masing demi memastikan keharmonian dan perpaduan terpelihara. Lebih penting lagi, semangat ini perlu dipupuk dalam hati dan minda anak-anak muda kita agar Malaysia terus maju dari segi sosial dan ekonomi.

Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk sentiasa cekal dan menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang berteraskan nilai keamanan, perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan seharian. Ianya merupakan asas yang membentuk kemerdekaan kita dan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. 

 

DATUK HALIMAH MOHAMED SADIQUE 

Menteri Perpaduan Negara

Putrajaya 28 Ogos 2020

 

Share:
Link copied to clipboard
Back