Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melancarkan buku 'Menghormati Lambang-lambang Kebesaran Negara' sebagai bahan ilmiah untuk rujukan dan sumber maklumat berkenaan sejarah, falsafah dan nilai setiap lambang kebesaran negara iaitu Jata Negara, Jalur Gemilang dan Alat-Alat Kebesaran Diraja. Penerbitan buku tersebut merupakan inisiatif KKMM melalui Jabatan Penerangan (JaPen) hasil keputusan mesyuarat Kabinet pada 1 Julai 2020 ekoran beberapa insiden penyalahgunaan lambang kebesaran oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab dan ditularkan di media sosial.  Pautan: PENERANGAN Berita: Astroawani