Mission News

HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHANRAYA KECIL (PRK) DEWAN NEGERI N.43 NENGGIRI KELANTAN

04 July 2024 1 views

HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN NEGERI N.43 NENGGIRI, KELANTAN

 

 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang bermesyuarat pada 28 Jun 2024 (Jumaat) telah menetapkan 17 Ogos 2024 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan.

 

Sehubungan itu, permohonan undi pos bagi semua kategori termasuk Kategori 1B - Pengundi Pos Luar Negara bagi pelaksanaan PRK Dewan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan telah mula dibuka pada 28 Jun 2024 (Jumaat) dan akan ditutup pada 23 Julai 2024 (Selasa).

 

Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

   

          4.1    Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan; dan

          4.2    Tinggal di luar negara.

 

Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back