Mission News

Kedutaan Malaysia Di Chile Lancar Program 'Soup Kitchen'

14 September 2016 1 views

 

Kedutaan Malaysia Di Chile Lancar Program 'Soup Kitchen'
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kedutaan Malaysia di Santiago, Chile telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila melancarkan program 'Soup Kitchen' bagi golongan yang memerlukan di Independencia, di luar Santiago Sabtu lepas.
Dalam kenyataan di sini hari ini, ia berkata program itu dihadiri lebih 400 orang terdiri daripada warga emas dan golongan miskin.
Datuk Bandar Independencia Don Gozala Duran dan Anggota Parlimen Daerah 19 - Independencia dan Recoleta, Karol Cariola turut hadir dan memberi sokongan terhadap usaha murni itu yang dijalankan dalam kawasan mereka.
Program amal itu dijalankan dengan kerjasama antara kedutaan dan Alumni Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dan Majlis Perniagaan Chile-Malaysia dalam menyediakan dan mengedarkan makanan dan minuman Malaysia, dibantu perwakilan 'Ladies of Santiago'.
Kenyataan itu berkata antara makanan dan minuman yang disediakan untuk golongan itu ialah mihun goreng, ayam goreng, sup ayam dan teh tarik.
Duta Besar Malaysia di Chile Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya juga tidak melepaskan peluang menjamu buah-buahan Malaysia seperti rambutan kepada golongan yang memerlukan itu, sekali gus dapat memperkenalkan buah Malaysia di negara itu.
Mohamad Rameez berharap program itu dapat menunjukkan kepada yang lain bahawa diplomasi bukan hanya terbatas kepada urusan biasa tetapi turut menyentuh hubungan kemanusiaan. Program itu akan diulang di tempat lain di Santiago oleh kedutaan sekali dalam setiap tiga bulan.
 -- BERNAMA
The Embassy of MALAYSIA IN CHILE LAUNCH PROGRAM 'Soup Kitchen'
Kuala Lumpur, 13 Sept (named) -- the embassy of Malaysia in Santiago, Chile has been executing corporate social responsibility (CSR) when launching program 'Soup Kitchen' for those who need at independencia, outside Santiago on Saturdays.
In reality here today, he said the program was attended by more than 400 people made up of gold among the citizens and the poor.
Mayor Independencia Don Gozala Duran and member of Parliament of district 19-Independencia and recoleta, Buenos Aires, Karol Cariola also present and give support for pure effort that are running in their area.
Charity programs that run with the cooperation between the embassy and alumni Malaysia technical cooperation programme (Mtcp) and business council of Chile-Malaysia in providing and handing out food and drinks, helped representative of Malaysia 'ladies of Santiago'.
The fact that said between food and drinks provided for groups that are fried rice vermicelli, chicken fry, chicken soup and teh tarik.
The Ambassador of Malaysia in chile datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya also not releasing the chances of having fruit Malaysia like rambutan to those who need it, once gus can introduce Malaysian fruit in the country.
Wish Mohamad Rameez program that can show the others that diplomacy is not just limited to business as usual but touching relationship follow humanity. The program will be repeated elsewhere in Santiago by the embassy once in every three months.
 Named --
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back