Mission News

Permohonan undi pos secara dalam talian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12

16 November 2021 1 views

Permohonan undi pos secara dalam talian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 buat warganegara Malaysia di luar negara dan mereka dalam sektor keselamatan serta kesihatan telah dibuka bermula 8 hingga 24 November depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan, berkata permohonan undi pos itu adalah buat pengundi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), dan kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) sahaja.

Katanya, manakala bagi permohonan untuk undi pos kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media) akan dimaklum kelak.

"Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang MySPR Daftar di pautan, https://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau di portal rasmi SPR iaitu https://www.spr.gov.my/.

Share:
Link copied to clipboard
Back