HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1C BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.185 BATU SAPI HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1C BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.185 BATU SAPI
Untuk makluman Malawakil, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 5 Disember 2020 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.185 Batu Sapi. Dalam perkara ini, SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos untuk warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRK tersebut. Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 13 Oktober 2020 (Selasa) sehingga 12 November 2020 (Khamis).
3. Untuk tujuan ini, permohonan undi pos boleh dilakukan dengan menggunakan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) yang perlu dimuat turun melalui laman sesawang SPR (www.spr.gov.my), sepanjang tempoh permohonan sebagaimana yang dimaklumkan di atas. Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
-
Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR;
-
Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
-
Pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum kekosongan kerusi Dewan Rakyat P.185 Batu Sapi, iaitu pada 7 Oktober 2020.
Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 9 Oktober 2010 yang mengandungi 25,582 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pemilih pos.
