Program Mendampingi Rakyat di Santiago Chile telah diadakan di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Las Condes Dari jam 8 pagi sehingga 3 petang. Seramai 40 orang yang terdiri kebanyakan Rakyat Malaysia yang menetap di Santiago.
Program yang Bermula dengan cara informal kata aluan dari Dr Rameez Dan kemudiannya program memasak kueh teow, nasi briyani dan panggang kambing. Program kemudian adalah untuk kanak kanak
Turut disarankan agar Persatuan tersebut menjadi lebih formal dan mengadakan perjumpaan setiap sebulan sekali. Satu website Dan Facebook Malaysian Community in Santiago Dan app whatsapp turut diwujudkan.
Dr Rameez turut memaklumkan mengenai keperluan mendaftar semula dengan Kedutaan untuk memastikan semasa keadaan kecemasan seperti gempa bumi rakyat Malaysia boleh dihubungi untuk memastikan kelancaran pelan evakuasi sekiranya perlu. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku.