Mission News

PROGRAM TOURISM ATAU PELANCONGAN DI SANTIAGO CHILE YANG DIANJURKAN OLEH KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, SANTIAGO PADA HARI RABU, 2 DISEMBER 2015

02 December 2015 1 views

Satu program memperkenalkan Malaysia kepada agensi pelancongan di Chile telah dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Santiago, Chile pada hari Rabu(2 Disember 2015). Program yang bertemakan (to know Malaysia is to love Malaysia atau dalam bahasa Spanish Conocer Malasia es Amar Malasia) telah bermula dari jam 6.00 petang sehingga jam 8 malam. Antara program tersebut adalah sesi memperkenalkan diri oleh setiap agen pelancongan Chile yang hadir dalam majlis tersebut. Sebanyak 40 agensi pelancongan telah dijemput hadir dalam program ini.

 

Antara aktiviti program tersebut selain dari sesi memperkenalkan diri adalah kata ucaptama oleh Dr Rameez selaku Duta Besar Malaysia di Chile, diikuti dengan presentasi tayangan videao mengenai Malaysia selama 10 minit dan kemudiannya sesi soal jawab. Ramai yang hadir dalam sesi tersebut tidak mengetahui mengenai Malaysia dan hanya mendengar perbualan orang sahaja mengenai Malaysia. Program seumpama ini dapat menzahirkan perhatian rakyat Chile mengenai Malaysia dan meramaikan lagi pelancong dari Chile untuk ke Malaysia. Program disudahi dengan juadah Malaysia dan rata rata mereka yang hadir berbangga dapat mengenali dan memahami Malaysia dengan lebih lanjut lagi.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back