
Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Kebangsaan Malaysia, sukacita Kedutaan Besar Malaysia di Santiago menjemput Tuan/Puan ke sambutan Sembang Merdeka dan Salam Perkenalan secara maya, seperti berikut:-
Tarikh : 31 Ogos 2020 (Isnin)
Masa : 6.30 petang (Waktu Republik Chile)
Link : https://meet.google.com/whv-zdad-ohi
Aturcara program adalah seperti berikut:
· Lagu Negaraku;
· Salam Perkenalan dari TYT Abu Bakar Mamat, Duta Besar Malaysia ke Republik Chile; dan
· Sembang Merdeka bersama rakyat Malaysia di Republik Chile dan Republik Ecuador.
Sukacita sekiranya Tuan/Puan dapat mengesahkan kehadiran menerusi emel kepada mwsantiago@kln.gov.my, sebelum atau pada 30 Ogos 2020. Kehadiran Tuan/Puan dalam menjayakan dan memeriahkan lagi Sambutan ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Salam hormat dan Salam merdeka
Kedutaan Besar Malaysia
Santiago, Chile