WAKTU OPERASI PEJABAT PERMOHONAN PASPORT DI UTC
Selaras dengan arahan pengoperasian semula dan waktu baharu Urban Transformation Centre (UTC) seluruh Malaysia mulai 15 Jun 2020. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ingin memaklumkan kepada orang ramai pembukaan Pejabat Permohonan Pasport di semua premis UTC bermula 15 Jun 2020 (Isnin).
Hanya pelanggan yang mempunyai janji temu melalui laman web www.sto.imi.gov.my sahaja yang dibenarkan hadir membuat urusan.
Pelanggan hendaklah membuat janji temu melalui capaian tersebut bermula Ahad, 14 Jun 2020 jam 12.00 tengah hari.
