Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan Malaysia akan dirayakan pada hari Isnin, 31 Ogos 2015. Tema #sehatisejiwa dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan 2015 kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.
Tema #sehatisejiwa dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada 16 September, dan 31 Ogos merupakan tarikh kemerdekaan Semenanjung daripada jajahan pentadbiran British.