Pada 20 Jun 2017, Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia Frankfurt telah menerima kunjungan hormat oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Sanusi, Menteri Penasihat (Pendidikan) dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London. Kunjungan hormat tersebut berlangsung pada jam 10.30 pagi bertempat di Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Selepas kunjungan hormat tersebut, satu mesyuarat bagi membincangkan pengukuhan usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi mobiliti pendidikan tinggi bagi universiti dan pelajar Jerman ke Malaysia turut diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia.