Ucapan oleh TYT Dato? S. Thanarajasingam
Duta Besar Malaysia ke Perancis di
Perayaan HAri KEbangsaan
Tarikh : 31 Ogos 2007
Waktu : 10.00 pagi
Tempat : Kedutaan Besar Malaysia,
Paris
Salam sejahtera dan selamat pagi,
Tuan Yang Terutama / Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati,
Terlebih dahulu, dengan rasa rendah diri, saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana kita sekali lagi dapat bersama-sama meraikan sambutan Ulangtahun Kemerdekaan dalam suasana aman, sejahtera dan makmur.
2. Hari ini merupakan hari yang bersejarah, di mana negara Malaysia menyambut ulang tahunnya yang ke-50. Sepanjang 50 tahun kemerdekaan tersebut, negara kita telah melalui pelbagai onak dan ranjau dari dalam dan luar negara. Namun demikian, kita telah berjaya mengharungi cabaran-cabaran tersebut dan berjaya mencapai nikmat pembangunan di dalam pelbagai aspek.
3. Jika dibandingkan ketika negara mula-mula merdeka dengan kedudukan ke hari ini, taraf hidup rakyat telah jauh meningkat. Malaysia kini telah berubah daripada negara yang menghasilkan dua jenis komoditi kepada sebuah negara dinamik yang pesat membangun. Hari ini, kita memiliki pelbagai prasarana moden bertaraf dunia untuk dinikmati oleh semua rakyat.
4. Kita juga menjadi salah sebuah negara pengeksport yang terbesar, mengeksport barangan dan perkhidmatan ke serata pelusuk dunia. Dunia turut mengiktiraf peranan dan kepimpinan kita dengan kepercayaan yang diberikan untuk menerajui Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dan Negara-Negara ASEAN.
5. All these are testaments of our ability and strength. Malaysians despite their diversity, have learned to value and preserve unity among themselves and have continued to live together in peace and prosperity. As we cherish our 50 years of achievements, we need to collectively reflect and rededicate ourselves to face the more demanding and greater challenges that lie ahead. We should never let our guard down and disappoint our forefathers who have worked so hard to achieve our independence 50 years ago. Given our unique and time-tested Malaysian way of resolving problems, we should face our common future with confidence, humility and integrity, determined to deepen and strengthen our unity at home, while contributing towards regional and international peace, security and development.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
6. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia sentiasa menyeru supaya rakyat Malaysia senantiasa bersatu padu ke arah menjadi sebuah masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian ini, terutamanya di luar negara, demi menjaga serta mengharumkan nama baik Malaysia di kalangan orang ramai. Ini akan menyumbang ke arah visi dan misi negara untuk mencapai Wawasan 2020.
7. Marilah kita bersama-sama saling ingat-mengingati di atas pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan kita. Sebagai Rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab untuk memelihara dan meneruskan kesinambungan usaha-usaha yang telah dijayakan oleh generasi terdahulu. Kemerdekaan adalah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan dan kejayaan.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-50!
*******************