Prof. Dato‘ Dr. Abdul Monir Yaacob, Timbalan Presiden Universiti Islam Malaysia melawat Frankfurt pada 9 Oktober 2017 bagi meneroka peluang-peluang untuk memperkenalkan pendidikan Islam dan melawat Islamic Information Services (IIS) di Frankfurt. Beliau mengambil peluang ini untuk melawat Konsulat Jeneral Malaysia bagi membincang usaha ini.