Sukacita dimaklumkan bahawa rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di Frankfurt, Jerman hendaklah mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (Pengundi Pos) di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan seperti dibawah:-
1. Pasport Malaysia (Pasport asal & 1 salinan)
2. Residence Permit (asal & 1 salinan)
3. Kad Pengenalan (asal & 1 salinan)
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia boleh hadir di pejabat Konsulat seperti hari/waktu seperti berikut:
Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi hingga 4.30 petang (rehat 1.00 hingga 2.00 petang)
Nota : Hari Sabtu, Ahad dan kelepasan Umum adalah ditutup.