Delegasi yang terdiri dari 14 orang pegawai kanan Kerajaan daripada pelbagai Jabatan Kerajaan Malaysia telah mengadakan program sangkutan dengan organisasi-organisasi Jerman sempena 8th Private Sector Management Training and Attachment Programme at German Companies Senior Malaysian Public Sector Executives, 2010’ dari 23 Mei - 11 Jun 2010.
Sempena program sangkutan tersebut, pada 7 Jun 2010, satu sesi taklimat dengan Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik Saiful Azam Abdullah dan Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Malaysia di Frankfurt telah diaturkan oleh Konsul (Latihan dan Pendidikan), bertempat di Canseri, Konsulat Jeneral. Sesi taklimat dan soal jawab selama 90 minit ini menyaksikan interaksi antara Konsul Jeneral, wakil-wakil agensi Kerajaan Malaysia di Frankfurt dan peserta program sangkutan ini.
Program Sangkutan Siri ke 8 ini akan tamat pada 11 Jun 2010.