Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah melantik pegawai-pegawai di kesemua Konsular/Kedutaan/Pejabat Persuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara sebagai Penolong Pendaftar Pemilih. Permohonan untuk mendaftar sebagai pemilih atau tukar alamat boleh dibuat dengan HADIR SENDIRI dan membawa kad pengenalan milik sendiri dan mengisi borang pendaftaran pemilih (Borang A) di mana-mana pejabat Persuruhjaya Tinggi atau Kedutaan Malaysia atau pejabat Konsulat Malaysia di luar Negara.
Sekiranya tuan/puan adalah seorang pelajar sepenuh masa yang sedang belajar di luar negara atau pasangan kepada pelajar tersebut atau seorang penjawat awam yang sedang bertugas di luar negara atau pasangan kepada penjawat awam tersebut, maka tuan/puan adalah layak untuk mendaftar sebagai pengundi 'tidak hadir' (layak mengundi pos) dengan mengisi Borang pendaftaran Pemilih (Borang A) dan mengemukakan bersama maklumat akan kekal sehingga pemilih tersebut mendaftar kembali sebagai pemilih biasa atau mendaftar pertukaran alamat di luar negara. Sekiranya tuan/puan menetap atau bekerja di luar negara (bukan penjawat awam), tuan/puan boleh mendaftar sebagai pengundi biasa. Kemudian, untuk membolehkan tuan/puan mengundi diluar negara, tuan/puan hendaklah memohon untuk menjadi pengundi pos melalui Borang Pemohon Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) (Borang 1B) setelah tarikh permohonan diumumkan oleh SPR. Borang 1B boleh dimuat turun dan dicetak sendiri daripada Portal rasmi SPR ( www.spr.gov.my).
Sekian, harap maklum.
Konsulat Jeneral Malaysia
Frankfurt