YB Dato‘ Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri bersama YBhg. Datin Sri Siti Rubiah Abdul Samad telah singgah (transit) di Frankfurt pada 12 Januari 2018 dalam perjalanan pulang dari menghadiri Mesyuarat di Turkmenistan. Beliau yang dalam perjalanan ke United Kingdom turut disertai oleh pegawai-pegawai Kanan Kementerian Luar Negeri telah disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, En. Mukundan Madavan.