RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BERSAMA DIASPORA MALAYSIA DI SEPANYOL
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Diaspora Malaysia di Sepanyol telah berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 26 April 2025 di Bangunan Canseri pada pukul 2.00 petang hingga 7.00 malam. Seramai 170 tetamu, termasuk Diaspora Malaysia, Diplomat Asing, serta kenalan warga tempatan, hadir untuk memeriahkan majlis ini.
Tetamu disajikan dengan hidangan tradisional Malaysia seperti Nasi Dagang Terengganu, Gulai Ayam, Sambal Tumis Udang, Satay, Cucur Udang, Pisang Goreng, Roti Jala, Cendol dan lain-lain yang disediakan oleh ahli PERWAKILAN Madrid.
Majlis turut dimeriahkan dengan Joget Lambak, Karaoke berkonsepkan kenduri kahwin, Permainan tradisional seperti Congkak, serta Peraduan Mewarna untuk kanak-kanak. Semangat gotong-royong jelas terpancar apabila Diaspora Malaysia dan pelajar-pelajar di Madrid serta Zaragoza turut sama membantu termasuk dekorasi Hari Raya dan penyediaan makanan secara langsung (live cooking).
Sambutan luar biasa ini membuktikan bahawa program seperti ini amat bermakna dalam merapatkan hubungan sesama rakyat Malaysia di perantauan. Ada cadangan agar majlis seperti ini dianjurkan lebih kerap dan diperluaskan ke wilayah lain seperti Catalonia (Barcelona) dan Andalusia (Seville).
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. Untuk mengakses foto-foto yang berkaitan sila layari laman sosial X dan Facebook seperti berikut:
Pautan ‘X’ : https://x.com/MYEmbMadrid/status/1920808592799649884
Pautan Facebook: https://www.facebook.com/malawakil.madrid/posts/pfbid0T9qLiRvfrJUW2KUFCeMyZVmHwHTsJzXmUi6TVWHrMGWYGtLtv1f75A19oRiXe1BCl


