MAKLUMAT MENGENAI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADA PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) DAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL DI LUAR NEGARA
Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang sekiranya memenuhi semua syarat-syarat berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Pemilih berdaftar;
c) Menetap di luar Negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia; dan
d) Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
e) Anda perlu menghantar Borang 1B kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara seperti yang berikut:
i. melalui emel kepada upup@spr.gov.my ; atau
ii. melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192 ;atau
iii. melalui pos ke alamat:
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5, Blok C7,
Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
(Attn : Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)
Anda perlu menentukan kepada SPR Pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara untuk menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi.
Permohonan untuk mengundi secara pos diterima oleh SPR dalam tempoh bermula pada 21 Januari 2013 hingga kepada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
Sumber : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia www.spr.gov.my