Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Video Pendek Right Information Saves And Empowers ASEAN (RISE ASEAN) bermula pada 1 Mei hingga 30 Jun 2023. Pertandingan ini merupakan program baharu yang dilaksanakan oleh JaPen di bawah Jawatankuasa Kebudayaan dan Penerangan ASEAN Committee on Culture and Information atau (ASEAN-COCI).
Objektif utama pertandingan ini adalah bagi menarik penyertaan orang ramai terutama sekali generasi muda untuk memerangi penyebaran sebarang maklumat palsu dan tidak tepat berkaitan COVID-19 melalui penghasilan video yang mengandungi pesanan/nasihat tentang kesan buruk yang disebabkan oleh penyerakan infodemik dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia di dalam dan luar negara. Bersama-sama ini dikemukakan bahan promosi dan publisiti yang mengandungi maklumat Pertandingan Mencipta Video Pendek RISE ASEAN yang boleh diakses melalui pautan berikut: https://drive.google.com/.../106hT5QgR6I1T8wNdn_T85B1psNi...
Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan RISE ASEAN ini, boleh menghubungi urus setia program seperti berikut:
i. Puan Laly Haizan binti Bahari di talian +603-89114947 atau melalui e-mel: haizan@inform.gov.my
ii. Encik Mohd Nur Shakir bin Abdul Rased di talian +603-89117462 atau melalui e-mel: nurshakir@inform.gov.my.
