Kedutaan Besar Malaysia di Helsinki mendukung pelaksanaan kempen Program Jom Baca Bersama dan Program Kota Baca 2026.
Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan masyarakat untuk menjadikan membaca sebagai amalan harian, malah turut memperkukuh jalinan komuniti berilmu yang dinamik dan berdaya saing.
Melalui program ini, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan, termasuk sesi bacaan bersama, perkongsian ilmu, serta penglibatan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang. Sokongan padu daripada Kedutaan Besar Malaysia di Helsinki mencerminkan komitmen berterusan dalam memupuk minat membaca sebagai asas pembangunan insan dan pembentukan masyarakat berpengetahuan.
Semoga usaha murni ini terus memberi inspirasi kepada semua untuk menyemai dan menyuburkan budaya membaca, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi celik ilmu dan berfikiran global.



