Pegawai Malaysian Embassy Helsinki telah menyertai program LATIHAN PENGGUNA SISTEM E-KONSULAR DAN APLIKASI MUDAH ALIH MYWORLD ALERT KEMENTERIAN LUAR NEGERI (KLN). Sesi latihan pengguna ini dilaksanakan oleh KLN dari masa-ke-semasa dalam usaha memberikan pendedahan serta pemakluman berhubung proses konsular terkini kepada Pegawai & staf Konsular di Kedutaan Malaysia di negara asing serata dunia.
