23 Februari 2013 - Di Ruang Legar, Bangunan WTC, Aleksanterinkatu 17, Helsinki dari jam 1.30 tengahari hingga 3.00 petang, TYT Amb. Cheah Choong Kit telah mengadakan perjumpaan bersama rakyat Malaysia yang dihadiri oleh seramai 70 orang dewasa dan 15 kanak-kanak.
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memberi penerangan tentang perkembangan isu-isu semasa di Malaysia dan juga Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan datang.
Perjumpaan ini telah mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia yang hadir. Walaupun dalam cuaca yang sejuk dan bersalji, mereka hadir bersama keluarga untuk sama-sama mendengar penerangan. Perjumpaan ini juga telah merapatkan lagi siratulrahim di kalangan warga Kedutaan dan rakyat Malaysia di Helsinki.
PERWAKILAN Helsinki telah menyediakan makanan untuk program ini. Di antara makanan yang disediakan adalah Nasi Minyak, Daging Bamia, Cantonese Roast Chicken, Kari Ayam, Baked Salmon wt Asam Sauce, Salted Salmon, Mee Goreng ‘Mamak style’, kuih muih dan teh tarik.