JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR DAN SOLAT TARAWIH
Satu Majlis Iftar dan Solat Tarawih Berjemaah akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Jumaat, 19 Ogos 2011
Masa: 7.00 petang (program dilampirkan)
Tempat: Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia
45 Belgrave Square, London SW1X 8QT
Pakaian: Bersesuaian
Sehubungan ini, pihak kami dengan sukacitanya ingin menjemput rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk bersama-sama menyertai keluarga Suruhanjaya di acara tersebut. Program berasingan untuk kanak-kanak akan turut diadakan.
Bagi memastikan juadah berbuka dapat disediakan dengan sempurna, kami memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memaklumkan bilangan ahli keluarga/organisasi yang akan hadir. Tuan/puan boleh membuat RSVP melalui talian berikut:
Encik Dzulkarnain Ismail - 020-7919-0215 (myadministration@btconnect.com)
Encik Alias Sidek - 020-7919-0257 (alias.s@virgin.net)
Puan Rahanah - 020-7919-0281 (mypadcm@btconnect.com)
Cik Patricia - 020-7919-0214 (lokepatricia@yahoo.co.uk)
Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan menambahkan keberkatan majlis itu nanti.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia
London, UK