PANDUAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) SECARA ONLINE MELALUI MySPR:
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPR)
1.0 PRA-SYARAT PERMOHONAN UNDI POS SECARA ONLINE
(a) Syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan undi pos secara atas talian (online) adalah:
(i) Pemohon hendaklah berdaftar sebagai pemilih (pengundi) dengan SPR;
(ii) Pemohon adalah layak memohon di bawah Kategori 1B; dan
(iii) Pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna MySPR.
(b) Kategori 1B adalah warganegara Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih (pengundi) dan tinggal di luar negara serta BUKAN merupakan Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.
2.0 KAEDAH PERMOHONAN UNDI POS SECARA ONLINE (1B)
Di bawah adalah langkah untuk mengakses permohonan undi pos.
1. Pilih mana-mana pelayar seperti Internet Explorer, Chrome dan Mozilla FireFox dengan versi terkini.
2. Layari https://myspr.spr.gov.my/login
3. Masukkan:
a. Nombor Kad Pengenalan,
b. Kata laluan; dan
c. Captcha
4. Pada bahagian PERMOHONAN, klik pada menu [Permohonan Undi Pos].
5. Seterusnya, klik pada menu [Borang Permohonan].
6. Di BAHAGIAN A (MAKLUMAT PEMOHON), klik pada dropdown Kategori dan pilih [Pengundi Luar Negara]. PERINGATAN :
Pastikan kategori yang dipilih adalah betul. Kesilapan memilih kategori boleh menyebabkan permohonan undi pos DITOLAK.
7. Pilih sebab memohon undi pos pada dropdown.
8. Masukkan No.Passport (tidak mandatori)
9. Pada bahagian MAKLUMAT PERIBADI PEMILIH, masukkan No. Telefon Pejabat dan No. Faks (jika ada).
10. Semak DAFTAR PEMILIH YANG TELAH DISAHKAN yang dipaparkan.
11. Masukkan alamat surat menyurat/alamat kertas undi perlu dihantar atau klik pada checkbox SALIN ALAMAT DARI DAFTAR PEMILIH YANG TELAH DISAHKAN jika alamat pemohon adalah sama seperti alamat di bahagian DAFTAR PEMILIH YANG TELAH DISAHKAN.
PERINGATAN:
Sila pastikan alamat kertas undi pos yang akan dihantar ini adalah LENGKAP DAN BETUL. Kesilapan memasukkan alamat boleh menyebabkan kertas undi pos TIDAK DAPAT DIHANTAR kepada pemohon.
12. Baca dan semak dengan teliti BAHAGIAN B (PERMOHONAN), dan tandakan pada checkbox pada PENGAKUAN dan klik [Daftar].
13. Klik butang [Saya Pasti] sekiranya maklumat yang dimasukkan lengkap dan betul.
14. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan MySPR. Seterusnya, klik [MOHON NO. TAC] untuk meneruskan permohonan atau klik [BATAL] untuk kembali ke paparan sebelumnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Muka Surat 7 dari 10
15. TAC akan dihantar ke nombor telefon dan e-mel yang telah didaftarkan dengan MySPR. TAC hanya boleh digunakan dalam masa 3 minit. Sila tunggu 5 minit jika ingin memohon TAC yang baharu. Seterusnya, masukkan TAC dan klik [HANTAR].
16. Semakan status permohonan boleh dilakukan di menu Transaksi Undi Pos.
17. Borang permohonan undi pos juga boleh dimuat turun di submenu [Tindakan].
18. Buka e-mel yang didaftarkan di MySPR untuk melihat e-mel [TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN] yang telah dihantar kepada pemohon.
19. Permohonan yang telah diluluskan oleh SPR akan dimaklumkan sekali lagi kepada pemohon melalui e-mel.
3.0 PEMBATALAN PERMOHONAN UNDI POS
Dalam satu-satu masa, hanya satu sahaja permohonan undi pos boleh dibuat. Pemohon perlu terlebih dahulu membatalkan permohonan sedia ada sekiranya ingin membuat permohonan baru. Walau bagaimanapun, permohonan undi pos TIDAK BOLEH DIBATALKAN sekiranya permohonan undi pos TELAH DILULUSKAN oleh SPR.
Berikut adalah kaedah membatalkan permohonan undi pos di dalam sistem MySPR sekiranya permohonan masih belum diluluskan.
1. Klik pada menu [Transaksi Undi Pos].
2. Klik ikon
pada bahagian [Tindakan].
3. Klik butang [Ya] untuk meneruskan pembatalan permohonan.
4.0 PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan permohonan undi pos secara online Kategori 1B, sila hubungi:
(i) Hotline SPR di talian +603-8892 7080 (8.30 pagi-11.30 malam):
(ii) E-mel: upup@spr.gov.my: atau
(iii) Melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.