PENGUMUMAN SEMPENA SAMBUTAN AIDIL FITRI 1 SYAWAL 1433 HIJRAH
Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012, tuan/puan serta keluarga adalah dijemput untuk bersama-sama menyertai pegawai dan staf Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London United Kingdom bagi menunaikan solat Aidil Fitri seperti berikut:
Tarikh: Hari Raya Pertama (bergantung kepada pengumuman oleh pihak Regent Mosque samada Sabtu, 18 Ogos atau Ahad, 19 Ogos 2012)
Tempat: Suruhanjaya Tinggi Malaysia
45 Belgrave Square
London SW1X 8QT
Waktu: 9.00 Pagi
Pada hari yang sama juga, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, TYT Dato’ Sri Zakaria Sulong dan Isteri, Y.Bhg Datin Sri Hazizah Ahmad akan mengadakan rumah terbuka seperti berikut:
Tempat: Rumah Malaysia
1 Templewood Gardens
London NW3 7XB
Waktu: 1.00 tgh – 5.00 petang
Tuan/Puan adalah dengan hormatnya dijemput hadir.
Ketua Canseri
Suruhanjaya Tinggi Malaysia
London