Mission News

KETERSEDIAAN APLIKASI MUDAH ALIH APLIKASI MYWORLDALERT KLN

07 August 2025 1 views
KETERSEDIAAN APLIKASI MUDAH ALIH APLIKASI MYWORLDALERT KLN
 
Aplikasi MyWorldAlert merupakan aplikasi yang menyediakan saluran komunikasi bagi rakyat Malaysia diluar negara yang berhadapan dengan bencana atau kesusahan.
Melalui aplikasi ini Kementerian Luar Negeri melalui Bahagian Konsular dan Pejabat Kedutaan dapat memberikan bantuan dengan kadar segera melalui lokasi yang dijejaki.
Selain itu juga aplikasi ini berupaya menjejaki lokasi terdekat pejabat kedutaan dan memberikan maklumat terkini berhubung keadaan semasa di sesebuah negara terlibat.
Pengguna boleh mengimbas QR Code yang disediakan pada poster untuk memuat turun aplikasi melalui App Store bagi peranti Apple, Google Play bagi peranti Android dan AppGallery bagi peranti Huawei.
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back