PERMOHONAN UNDI POS SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) – KATEGORI 1B
Permohonan undi pos secara atas talian (online) bagi PRU Johor Ke-15 ini adalah terbuka bagi pemilih-pemilih yang layak untuk memohon bagi Kategori 1B (Luar Negara) mulai dari 9 Februari 2022 (Rabu) sehingga 18 Februari 2022 (Jumaat). Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
Kategori 1B (Luar Negara)
- Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri di dalam negeri Johor; dan
- Bermaustatin di luar negara
KAEDAH MEMOHON :
- Mendaftar akaun MySPR Daftar di https://mysprdaftar.spr.gov.my/ ATAU laman rasmi SPR di https://www.spr.gov.my/
PERTANYAAN BERKENAAN UNDI POS :
Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP)
Aras 5, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : +603 8892 7080
Faks : +603 8892 7361 / 7360
Email : upup@spr.gov.my