PERMOHONAN UNDI POS SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) – KATEGORI 1B
Permohonan undi pos secara atas talian (online) bagi PRU DUN Sarawak Ke-12 ini adalah terbuka bagi pemilih-pemilih yang layak untuk memohon bagi Kategori 1B (Luar Negara) mulai dari 8 November 2021 (Isnin) sehingga 24 November 2021 (Rabu). Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
1. Kategori 1B (Luar Negara)
- Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya DUN di dalam negeri Sarawak; dan
- Bermaustatin di luar negara
- Syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori 1B (Luar Negara) berikut yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan:
- Bermaustatin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
- Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
KAEDAH MEMOHON :
- Mendaftar akaun MySPR Daftar di https://mysprdaftar.spr.gov.my/ ATAU laman rasmi SPR di https://www.spr.gov.my/
- Memohon undi pos melalui MySPR Daftar. https://www.spr.gov.my/sites/default/files/PANDUAN%20PERMOHONAN%20UNDI%20POS%20ONLINE.pdf untuk Panduan Permohonan Undi Pos.
PERTANYAAN BERKENAAN UNDI POS :
Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP)
Aras 5, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : +603 8892 7080
Faks : +603 8892 7361 / 7360
Email : upup@spr.gov.my