Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 telah dihoskan oleh Kuasa Usaha Sementara di kediaman beliau pada 22 April 2023. Majlis yang bertemakan Malaysia Madani ini turut diraikan bersama dengan beberapa kenalan dari Kor Diplomatik, pegawai kerajaan tempatan serta rakyat Malaysia yang berada di sekitar Guinea. Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai juadah hari raya seperti Nasi Hujan Panas, Ketupat, Lemang, Lontong, Rendang Ayam, Sate, Dalcha Kambing, Bubur Kacang Hitam serta kuih muih.
Majlis yang mulia ini dapat lagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara satu sama lain.
Mission News
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023
27 April 2023
1 views