Mission News

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) PERWAKILAN CONAKRY SESI 2025/2026

25 January 2025 1 views

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) PERWAKILAN CONAKRY SESI 2025/2026

Pada 22 Januari 2025, bertempat di Bilik Mesyuarat, Kedutaan Besar Malaysia, Conakry telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi 2025 oleh PERWAKILAN Conakry.

Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2025/2026 tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Saravanan Karathihayan, Kuasa Usaha Sementara ke Republik Guinea merangkap Penasihat PERWAKILAN Conakry dan mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yg Berusaha Datin Anetha Butpanathan. Mesyuarat tersebut turut dihadiri ahli-ahli PERWAKILAN Conakry.

Antara agenda semasa mesyuarat adalah bagi membincangkan post-mortem program yang telah dijalankan pada tahun 2024 serta membincangkan program yang bakal dilaksanakan bagi tahun 2025.

Mesyuarat ditangguhkan dan diakhiri dengan sesi fotografi serta jamuan makanan ringan.

 

#Perwakilan Kuala Lumpur

 

Share:
Link copied to clipboard
Back