Mission News

Pada 2 November 2024, Kedutaan Malaysia telah menganjurkan sambutan Deepavali di Hotel Oceano, Conakry, Guinea.

06 November 2024 1 views

Pada 2 November 2024, Kedutaan Malaysia telah menganjurkan sambutan Deepavali di Hotel Oceano, Conakry, Guinea. Turut serta dalam sambutan itu ialah pegawai Kedutaan, Diaspora Malaysia dan 'Friends of Malaysia'. Kehadiran tetamu kehormat TYT Ismael Nabe, Minister of Planning and International Cooperation of Guinea serta ahli keluarga beliau ke majlis ini telah memeriahkan lagi sambutan pesta cahaya ini. Sempena Sambutan Deepavali pada kali ini, Dato’ K. Saravanan, Kuasa Usaha Sementara turut memberikan ucapan serta nasihat kepada rakyat Malaysia yang hadir disamping beramah mesra bersama para jemputan. Pihak Kedutaan juga turut berpeluang untuk mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini mengenai keberadaan rakyat Malaysia di Guinea.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back