Mission News

PELANJUTAN TEMPOH LUPUT PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA) BAGI RAKYAT MALAYSIA YANG MENETAP DI LUAR NEGARA

14 July 2021 1 views

Jabatan Imigresen Malaysia telah bersetuju untuk membenarkan pelanjutan tempoh luput PMA selama dua (2) tahun bermula daripada tarikh tamat pasport sebagai alternatif bagi memudah cara dan membantu rakyat Malaysia berada secara sah di luar negara. Pelanjutan ini boleh dibuat secara manual dan tiada bayaran yang dikenakan. Syarat- syarat pelanjutan ini adalah seperti berikut;

 

  1. Pelanjutan hanya diberikan kepada PMA yang tamat tempoh mulai 1 Jun 2021 dan mempunyai visa / pas jangka panjang / pas lawatan sosial yang masih dalam tempoh sah. Kemudahan ini juga diperluaskan kepada pemegang visa pelancong atau pemegang pas jangka pendek (pas lawatan sosial dan perniagaan) dengan syarat pas yang dimiliki masih dalam tempoh sah, dan tidak tinggal lebih masa;
  2. Pengecualian boleh diberikan sekiranya terdapat kekangan yang munasabah untuk pulang ke Malaysia seperti ketiadaan penerbangan atau lain-lain kes kecemasan, berdasarkan case-by-case basis;
  3. Rakyat Malaysia yang memegang atau memohon suaka perlindungan di luar negara adalah tidak layak diberi kemudahan ini;
  4. Pelanjutan diberikan untuk membolehkan pemohon tinggal di penempatan sahaja dan bukan untuk keluar ke negara lain sementara menunggu PMA yang baru;
  5. Sekiranya ingin pulang ke Malaysia, Sijil Perakuan Cemas / Emergency Certificate (EC) perlu dipohon dari Kedutaan ;
  6. Permohonan PMA baru adalah mengikut prosedur yang sedia ada.

 

Kemudahan ini berkuatkuasa bermula 17 Jun 2021 dan berterusan sehingga dimaklumkan kelak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedutaan melalui email di mwconakry@kln.gov.my

 

Dikemaskini pada 29 Julai 2021.

Share:
Link copied to clipboard
Back