16 Oktober 2023 - Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2023 pada 14 Oktober 2023 yang lalu, rakyat Malaysia di Budapest telah giat bersukan dalam Budapest Marathon 2023, Friendship Badminton Malaysia vs Indonesia dan Futsal Komuniti Malaysia. Kedutaan Besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di atas penyertaan anda ! Majulah Sukan Untuk Negara !


