Mission News

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA

17 March 2017 1 views

Kedutaan Besar Malaysia telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil selepas solat Maghrib pada 16 Mac 2017 di Masjid As-Salam Kompleks Kedutaan. Majlis ini bertujuan untuk memberi sokongan dan tanda keprihatinan ke atas situasi yang dihadapi oleh warga Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang, Korea Utara. TYT Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim, Duta Besar, Ketua-ketua Jabatan, warga Kedutaan Besar Malaysia dan Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN telah bersama-sama menjayakan majlis ini. 

Share:
Link copied to clipboard
Back