Mission News

KEJOHANAN FUTSAL PIALA KONSUL JENERAL 2016 BERLANGSUNG HEBAT

08 April 2016 1 views

  

Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia – Cawangan Medan (PKPMI-CM) dengan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah menganjurkan kejohanan Futsal Piala Konsul Jeneral di Futsal  Village, Medan pada 26 – 27 Mac 2016.

 

Pasukan “Hogoh FC” yang membariskan pemain di kalangan siswa-siswa  Malaysia yang menuntut di Universiti sekitar Sumatera Utara telah mengekalkan kejuaraan bagi kategori lelaki setelah memenanginya pada tahun 2014 manakala pasukan “Super Strikers” telah memecahkan rekod juara dalam kategori wanita setelah berjaya menewaskan juara tahunan “Kak Ton” yang memenanginya pada tahun 2013 dan 2014.

 

 

 

 

Acara tahunan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh siswa-siswi Malaysia di Medan untuk mereka menonjolkan bakat sukan masing-masing di samping beramah-mesra dengan rakan-rakan dan pegawai serta kakitangan Konsulat Jeneral Malaysia yang hadir bermain atau memberi sokongan.

Share:
Link copied to clipboard
Back