Mission News

SEPETANG BERSAMA DUTA BESAR MALAYSIA KE BANGKOK

10 February 2012 1 views

 

Satu majlis khas bersama pengamal media tempatan telah diadakan di Kedutaan Besar Malaysia bagi membolehkan Duta Besar serta pegawai Kedutaan mendekati pengamal media dengan lebih dekat lagi dan seterusnya menjalinkan hubungan kerja yang berkesan di masa hadapan.
 
Ia dimulai dengan satu penerangan ringkas mengenai perkembangan terbaru di malaysia mencakupi isu lawatan pemimpin tertinggi, pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, program tarikan pelancong yang bakal diadakan sepanjang tahun 2012 serta sedikit maklumat mengenai hubungan dagangan antara kedua-dua negara.
 
Sesi tersebut telah dihadiri lebih 40 pengamal media tempatan mewakili pelbagai sektor seperti ekonomi, pelancongan dan politik. Sorotan mengenai acara tersebut telah turut disiarkan di ASEAN TV dan dijangkakan lebih banyak liputan mengenainya akan disiarkan sedikit masa lagi.
 
 
 
Malawakil Bangkok
10 Februari 2012
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back