Delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Negeri Terengganu yang diketuai oleh Pengerusinya, YBhg. Dato’ Dr Hj Abdul Latiff Awang telah mengadakan kunjungan ke Konsulat Jeneral Malaysia di Medan pada 20 Januari 2015 dengan tujuan untuk memperkenalkan usahawan-usahawan Islam Terengganu yang berminat untuk meninjau dan memasuki pasaran perdagangan Sumatera Utara. Ahli delegasi mewakili pelbagai sektor perdagangan dan pelatihan seperti industri makanan halal; pembuatan batik dan kraftangan; perhiasan emas dan perak; pendidikan dan hospitaliti serta pembinaan dan perbaikan kapal.
Semasa di Medan, delegasi turut mengadakan perbincangan dengan pihak Kamar Dagang dan Industri Sumatera Utara (KADIN SUMUT) untuk mempelopori peluang perdagangan dan membina kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan.