Konsul Jeneral Malaysia di Medan bersama beberapa pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yth. Bapak Irjen Pol Drs H. Eko Hadi Sutedjo, Kepala Kepolisian Daerah Sumatera Utara (KAPOLDA SUMUT) pada 29 Oktober 2014 di pejabat KAPOLDA SUMUT.
Kunjungan hormat berkenaan, selain bertujuan untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada Bapak Irjen Pol Drs H. Eko Hadi Sutedjo yang memulakan tugasan sebagai pegawai polis tertinggi di Sumatera Utara pada September 2014 yang lalu, adalah untuk mempereratkan silaturrahim dan kerjasama yang telah sedia wujud di antara kedua-dua institusi ini. Antara topik yang dibincangkan ialah pengukuhan kerjasama dalam menangani pengedaran dadah yang melibatkan sindiket antarabangsa serta isu-isu keselamatan yang perlu ditangani bersama.
Kunjungan hormat ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati dan foto bersama.