Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah mengadakan Malam Apresiasi Bersama Media di Hotel JW Marriot Medan pada 14 Februari 2014. Majlis yang dihoskan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Medan ini telah dihadiri oleh lebih 50 rakan media tempatan termasuk media cetak dan elektronik. Majlis ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai jasa pihak media Sumatera Utara yang telah memberikan liputan mengenai Malaysia dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia termasuk promosi Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan di samping mengeratkan lagi silaturrahim kedua-dua pihak. Majlis berjalan dalam suasana santai dan penuh keceriaan.