Mission News

SEMINAR KERJAYA MEDAN 2016

10 April 2016 1 views

Pada Sabtu, 9 April 2016, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah menganjurkan Seminar Kerjaya Medan 2016 yang merupakan kolaborasi bersama melibatkan Education Malaysia dan juga Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia, Cawangan Medan (PKPMI-CM) di Grand Impression Hotel, Medan.

 

Penganjuran Seminar Kerjaya Medan 2016 adalah bertujuan memberi pendedahan kepada 300 bakal graduan, mengenai potensi bidang keusahawanan, dakwah, dan kerja-kerja kebajikan sebagai satu kerjaya profesional. Para peserta seminar terdiri daripada Mahasiswa Malaysia persendirian yang sedang menuntut di Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU), Universitas Medan (UNIMED) dan Universitas Sumatera Utara (USU).

 

Konsulat Jeneral Malaysia telah mengundang seramai empat (4) orang ahli panel iaitu Dr. Harris bin Gani - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Ustaz Abang Zainal Abidin bin Abang Ariffin - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), R Mohd Andriansyah bin R Ade Daud - PNS Academy dan Prof. Madya Dr. Juzhar Jusoh - Education Malaysia di Jakarta. Pengetahuan yang diperoleh daripada seminar ini akan membantu para Mahasiwa untuk membuat pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat masing-masing mereka di tanah air kelak.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back