Birth/Marriage Registration
PENDAFTARAN ANAK
1.Saya ialah warganegara Malaysia dan telah berkahwin dengan isteri saya yang merupakan warganegara Indonesia. Bagaimanakah saya ingin mendaftarkan kelahiran anak saya?
Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji kepada Konsulat melalui emel mwpekanbaru@kln.gov.my dan disalinkan ke emel do.mwpekanbaru21@gmail.com.
Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil ujian swab antigent (hasil negatif dalam tempoh 3 hari sebelum temujanji) dan hadir ke Konsulat (ibu, bapa dan anak) dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
(i) Mengisi formulir/ Borang D (Borang Permohonan Daftar Kelahiran Luar Negara) yang diperolehi di Konsulat
(ii) Akta Kelahiran anak yang dikeluarkan oleh Kantor Catatan Sipil Indonesia
(iii) IC Malaysia / KTP asli bagi kedua-dua Ibu Bapa & 1 salinan (kertas A4)
(iv) Sijil Lahir Ibu dan Bapa & 1 salinan (kertas A4)
(v) Sijil Perkahwinan / Surat Nikah yang telah di daftar mengikut perundangan Malaysia
(vi) Pasport asli bagi kedua-dua Ibu Bapa & 1 salinan (kertas A4)
(vii) Pas photo ukuran 4 x 6 sebanyak 6 keping iaitu latar belakang biru langit dan 1 keping gambar penuh/ tampak seluruh badan (full body) ukuran poskad (4R)
(viii) Bayaran Pendaftaran anak berjumlah RM 30.00 (bayaran adalah dalam rupiah dan mengikut kadar pertukaran semasa)
(ix) Isi/ lengkapkan Borang Sijil Perakuan Cemas/ Emergency Certificate (SPC/EC)
(x) Bayaran SPC/EC (RM 50.00)
Setelah dokumen lengkap diperolehi, Konsulat akan mengeluarkan borang H kepada pemohon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. Permohonan hendaklah dibuat dalam masa sebelum satu (1) tahun dari kelahiran anak.
PERKAHWINAN
1.Saya adalah seorang lelaki warganegara Malaysia dan beragama Islam, apakah proses untuk menikah dengan bakal isteri warganegara Indonesia?
Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji untuk mendapatkan sokongan untuk berkahwin/ bernikah daripada Konsulat melalui emel mwpekanbaru@kln.gov.my dan disalinkan ke emel do.mwpekanbaru21@gmail.com (atau Pejabat Perwakilan yang berhampiran)
Konsulat/ Pejabat Perwakilan akan mengeluarkan surat sokongan untuk bernikah kepada setiap warganegara Malaysia yang akan berkahwin/ bernikah di Indonesia. Pemohon beserta calon isteri hendaklah hadir bersama-sama ke Konsulat dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
(i) Salinan keputusan Swab Test Antigent COVID-19 yang negatif (sah untuk tempoh 3 hari). Sekuriti Konsulat akan menghalang mana-mana individu yang tidak mempunyai keputusan negatif daripada masuk
(ii) Surat Kebenaran untuk berkahwin/ bernikah di luar negara yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Malaysia yang berhampiran dengan tempat tinggal/ bekerja pemohon
(iii) Surat kebenaran untuk bernikah dengan lebih dari seorang isteri (Surat Kebenaran Poligami) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Malaysia (jika berkaitan)
(iv) Surat kematian isteri yang terdahulu atau surat cerai sekiranya seorang duda
(v) Sijil Kursus Pra Perkahwinan (bagi warganegara Malaysia)
(vi) Surat Akuan Masuk Islam Daripada Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia (Bagi saudara baru)
(vii) Kad Pengenalan Malaysia
(viii) Pasport Malaysia
(ix) Kartu Tanda Penduduk (KTP) Indonesia
(x) Pasport Indonesia bakal isteri
(xi) Surat keterangan untuk bernikah (N1, N2, N3 dan N4) yang dikeluarkan oleh Kepala Kelurahan tempat tinggal calon isteri (Jika janda, harus diisi formulir N7)
(xii) Bayaran akan dikenakan dalam Rupiah bersamaan dengan RM20.00 untuk pengeluaran surat sokongan. Resit bayaran akan dikeluarkan oleh pihak Konsulat
(xiii) Pas photo ukuran 4 x 6 sebanyak 1 keping setiap calon
Semua surat/ sijil/ dokumen asal hendaklah dikemukakan bersama-sama satu (1) salinan.
2.Saya adalah seorang wanita warganegara Malaysia dan beragama Islam, apakah proses untuk menikah dengan bakal suami warganegara Indonesia?
Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji untuk mendapatkan sokongan untuk berkahwin/ bernikah daripada Konsulat melalui emel mwpekanbaru@kln.gov.my dan disalinkan ke emel do.mwpekanbaru21@gmail.com (atau Pejabat Perwakilan yang berhampiran).
Konsulat/ Pejabat Perwakilan akan mengeluarkan surat sokongan untuk bernikah kepada setiap warganegara Malaysia yang akan berkahwin/ bernikah di Indonesia. Pemohon beserta calon suami hendaklah hadir bersama-sama ke Kedutaan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
(i) Salinan keputusan Swab Test Antigent COVID-19 yang negatif (sah untuk tempoh 3 hari). Sekuriti Kedutaan akan menghalang mana-mana individu yang tidak mempunyai keputusan negatif daripada masuk
(ii) Surat Kebenaran untuk berkahwin/ bernikah di luar negara yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Malaysia yang berhampiran dengan tempat tinggal/ bekerja pemohon
(iii) Surat kematian suami yang terdahulu atau surat cerai sekiranya seorang Janda
(iv) Sijil Kursus Pra Perkahwinan (bagi warganegara Malaysia)
(v) Surat Akuan Masuk Islam Daripada Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia (Bagi saudara baru)
(vi) Kad Pengenalan Malaysia
(vii) Pasport Malaysia
(viii) Kartu Tanda Penduduk (KTP) Indonesia
(ix) Pasport Indonesia bakal suami
(x) Surat keterangan untuk bernikah (N1, N2, N3 dan N4) yang dikeluarkan oleh Kepala Kelurahan tempat tinggal calon suami
(xi) Bayaran akan dikenakan dalam Rupiah bersamaan dengan RM20.00 untuk pengeluaran surat sokongan. Resit bayaran akan dikeluarkan oleh pihak Kedutaan
(xiii) Pas photo ukuran 4 x 6 sebanyak 1 keping setiap calon
Semua surat/ sijil/ dokumen asal hendaklah dikemukakan bersama-sama satu (1) salinan.
3.Saya seorang warganegara Malaysia bukan beragama Islam dan ingin berkahwin dengan bakal isteri saya. Bagaimanakah cara untuk saya berkahwin di Indonesia?
Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji untuk mendapatkan sokongan untuk berkahwin daripada Bahagian Imigresen di Konsulat melalui emel mwpekanbaru@kln.gov.my. (atau Pejabat Perwakilan yang berhampiran).
Konsulat/ Pejabat Perwakilan akan mengeluarkan surat sokongan untuk berkahwin kepada setiap warganegara Malaysia yang akan berkahwin di Indonesia. Pemohon beserta calon isteri hendaklah hadir bersama-sama ke Kedutaan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
(i) Salinan keputusan Swab Test Antigent COVID-19 yang negatif (sah untuk tempoh 3 hari). Sekuriti Kedutaan akan menghalang mana-mana individu yang tidak mempunyai keputusan negatif daripada masuk
(ii) Surat Pengesahan Bujang daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
(iii) Surat kematian suami yang terdahulu atau surat cerai sekiranya seorang Janda
(xii) Kad Pengenalan Malaysia
(xiii) Pasport Malaysia
(xiv) Kartu Tanda Penduduk (KTP) Indonesia
(xv) Pasport Indonesia bakal isteri
(xvi) Surat keterangan untuk bernikah (N1, N2, N3 dan N4) yang dikeluarkan oleh Kepala Kelurahan tempat tinggal calon isteri
(xvii) Bayaran akan dikenakan dalam Rupiah bersamaan dengan RM20.00 untuk pengeluaran surat sokongan. Resit bayaran akan dikeluarkan oleh pihak Kedutaan
(xiii) Pas photo ukuran 4 x 6 sebanyak 1 keping setiap calon
Semua surat/ sijil/ dokumen asal hendaklah dikemukakan bersama-sama satu (1) salinan
4.Lokasi saya adalah jauh iaitu di Batam (Kepulauan Riau). Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk mendapatkan surat pengesahan perkahwinan? Kerana saya perlu mencari tempat untuk menginap di Batam.
Semua permohonan yang lengkap akan diproses pada hari yang sama permohonan diterima.
5.Lokasi saya jauh di Tanjung Pinang, Kepulauan Riau. Adakah pihak Kedutaan melantik mana-mana ejen untuk membantu urusan perkahwinan?
Tidak. Pihak Konsulat/ Pejabat Perwakilan tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk membantu urusan pendaftaran/ pengesahan perkahwinan. Pemohon serta calon suami/ isteri perlu hadir sendiri ke Konsulat/ Pejabat Perwakilan.
6.Saya ialah warganegara Indonesia dan ingin bernikah dengan warganegara Malaysia di Malaysia. Bagaimanakah caranya?
Bagi warganegara Indonesia yang ingin bernikah dengan warganegara Malaysia di Malaysia, pemohon perlu mendapatkan surat keterangan bernikah dari Kantor Urusan Agama dan Formulir dari Kelurahan. Pemohon juga merujuk kepada Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Malaysia melalui emel kualalumpur.kbri@kemlu.go.id atau info@kbrikualalumpur.org dan melalui telefon (603)-21164016 / 4017