Passport Renewal

 

PERMOHONAN DAN PEMBAHARUAN PASPORT

 

Pasport Antarabangsa Malaysia perlu diperbaharui sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh (expiry date).

 

1. Sebagai warganegara Malaysia di Indonesia, bagaimanakah cara untuk saya memperbaharui pasport saya?

 

Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji untuk memperbaharui pasport kepada Bahagian Imigresen di Kedutaan melalui emel konsular_jakarta@yahoo.com dan disalinkan kepada jakarta@imi.gov.my.

 

Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil ujian swab antigendan hadir sendiri ke Kedutaan dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

 

(i)  Salinan keputusan Swab Test Antigent COVID-19 yang negatif (sah untuk tempoh 3 hari). Sekuriti Kedutaan akan menghalang mana-mana individu yang tidak mempunyai keputusan negatif daripada masuk.

(ii)  Pasport asli & 1 salinan (kertas A4)

(iii) KITAS asli & 1 salinan (kertas A4)

(iv) IC Malaysia Asli & 1 salinan (kertas A4)

(v)  Berpakaian berwarna gelap (untuk keperluan mengambil gambar)

(vi) Bayaran Pasport berjumlah RM200.00 (bayaran adalah dalam rupiah dan mengikut kadar pertukaran semasa)

 

 

2. Bagaimanakah saya ingin memperbaharui pasport anak saya warganegara Malaysia yang berusiadi bawah 18 tahun?

 

Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji untuk memperbaharui pasport kepada Bahagian Imigresen di Kedutaan melalui emel konsular_jakarta@yahoo.com dan disalinkan kepada jakarta@imi.gov.my. Dokumen-dokumen yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

 

Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil ujian swab antigent dan hadir sendiri ke Kedutaan dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

 

(i)  Salinan keputusan Swab Test Antigent COVID-19 yang negatif (sah untuk tempoh 3 hari). Sekuriti Kedutaan akan menghalang mana-mana individu yang tidak mempunyai keputusan negatif daripada masuk.

(ii)   Pasport asli & 1 salinan (kertas A4)

(iii)  Pasport asli bagi kedua-dua Ibu bapa & 1 salinan (kertas A4)

(iv)  KITAS asli & 1 salinan (kertas A4)

(v)   IC Malaysia asli & 1 salinan (kertas A4)

(vi)  IC Malaysia asli bagi kedua-dua Ibu bapa & 1 salinan (kertas A4)

(vii)  Berpakaian berwarna gelap (untuk keperluan mengambil gambar)

(viii) Ibu/ bapa perlu hadir bersama pemohon di Kedutaan (Sekiranya ibu/bapa tidak dapat hadir, perlu mengisi borang A1/B1)

(ix)   Bayaran Pasport berjumlah RM200.00 (bayaran adalah dalam rupiah dan mengikut kadar pertukaran semasa)

 

 

3. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya diragut dan kehilangan passport di Indonesia?

 

Pemohon perlu membuat laporan polis terlebih dahulu dan mendapatkan laporan dari balai polis yang terdekat. Setelah membuat laporan polis, pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji kepada Bahagian Imigresen di Kedutaan melalui emel konsular_jakarta@yahoo.com dan disalinkan kepada jakarta@imi.gov.my.

 

Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil ujian swab antigent dan hadir sendiri ke Kedutaan dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

 

(i)  Salinan keputusan Swab Test Antigent COVID-19 yang negatif (sah untuk tempoh 3 hari). Sekuriti Kedutaan akan menghalang mana-mana individu yang tidak mempunyai keputusan negatif daripada masuk.

(ii)  Laporan kehilangan pasport

(iii) Kad Pengenalan Malaysia/ soft copy.

(iv) Salinan pasport Malaysia yang hilang (sekiranya ada)

(v)  Gambar size 4x6 cm warna latar belakang putih(2 keping)

(vi) Salinan KITAS/KITAP (sekiranya ada)

 

Pihak Kedutaan akan mengeluarkan Sijil Perakuan Cemas untuk membolehkan pemohon kembali ke Malaysia. Bagi pemohon yang mempunyai KITAS/ KITAP, pihak Kedutaan akan mengeluarkan pasport Malaysia yang baharu(mengikut proses sediaada) sebagai ganti kepada pasport yang hilang dengan dikenakan denda RM200.00 (bagi kehilangan pertama).

 

 

4.Saya berada di Medan. Adakah saya perlu hadir ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta untuk membuat laporan kehilangan pasport?

 

Pemohon boleh mengemukakan laporan kehilangan pasport ini kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Medan (atau mana-mana pejabat Perwakilan seperti di No. 4).

 

 

5.Saya telah membuat laporan polis mengenai kehilangan passport di Indonesia. Adakah saya boleh memohon dan menerima pasport baharu di Konsulat Jeneral/ Konsulat Malaysia di Medan/ Pontianak/ Pekanbaru?

 

Pengeluaran passport Malaysia yang baharu hanya boleh dibuat dan dikemukakan ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakartasahaja.Konsulat Jeneral/Konsulat boleh mengeluarkan Sijil Perakuan Cemas untuk individu pulang ke Malaysia (sah untuk sekali perjalanan).