
Konsulat Malaysia di Pekanbaru telah menyantuni anak-anak yatim Panti Asuhan Fajar Harapan dalam satu majlis iftar di Konsulat pada 26 Mac 2024. Mereka amat gembira menikmati juadah nasi biryani ayam serta turut menerima duit raya lebih awal. Pihak Konsulat amat menghargai kehadiran dan sokongan dari wakil Dinas Sosial Provinsi Riau serta anak syarikat Sime Darby Plantation Berhad - PT Minamas.