Konsul Malaysia Pekanbaru telah menerima kunjungan hormat oleh Yang Terhormat Bapak Roni Rakhmat. S. Stp,M.Si yang merupakan Kepala Dinas Pariwisata Provinsi Riau pada hari Khamis , 10 Mac 2022 di Konsulat Malaysia Pekanbaru.
Beliau turut diiringi oleh pegawai-pegawai Dinas Pariwisata Riau, Ibu Savitry Handayani SE, Ak, Bapak Ridho Adriansyah, S. Stp, Bapak Beni Febrianto, S. Stp, M.Si, Bapak T. Riza Triwijaya, S. Stp, M.Si.
Pertemuan telah membincangkan peluang-peluang kerjasama antara Provinsi Riau dan Malaysia sebagai mengukuhkan hubungan dua hala sedia ada. Semoga lebih banyak program dapat dilaksanakan pada tahun ini.



Wisma Putra
Kementerian Pelancongan Malaysia, Seni dan Budaya Malaysia