Lawatan sambil belajar seramai 110 orang Mahasiswa/Mahasiswi dan 5 orang pensyarah dari Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (Jurusan Hubungan Antarabangsa), Universiti Riau (UNRI) Pekanbaru ke Konsulat Malaysia Pekanbaru telah diadakan pada 2 Jun 2010. Rombongan ini telahpun ditayangkan dengan video 'Malaysia Truly Asia', taklimat berkenaan dengan Malaysia secara umum serta fungsi dan peranan Konsulat Malaysia di Pekanbaru.